Panduan Reka Bentuk Jalan Global

Panduan Reka Bentuk Jalan Global menyokong pengamal untuk menentukan semula fungsi jalan di bandar-bandar seluruh dunia. Panduan ini dicipta dengan input pakar dari 72 buah bandar di 42 buah negara, menawarkan butiran-butiran teknikal untuk memaklumkan reka bentuk jalan yang mengutamakan pejalan kaki, penunggang basikal dan penunggang transit.

globe
MUAT TURUN caret-down

PUJIAN

    • "Reka bentuk jalan yang pintar meningkatkan kehidupan dalam pelbagai aspek, daripada mengurangkan pelepasan yang menyebabkan pencemaran udara berbahaya dan mempercepatkan perubahan iklim, kepada menjadikan jalan-jalan lebih selamat dan membantu perniagaan tempatan. Panduan Reka Bentuk Jalan Global adalah sumber berkuasa yang dapat membantu bandar-bandar di seluruh dunia menjadi lebih selamat dan kukuh."

      MICHAEL R. BLOOMBERG, Bekas Datuk Bandar New York

    • "Selama lebih dari satu abad, kehidupan jalanan adalah apa-apa yang tumbuh melalui retakan di permukaan jalan— kehidupan yang berkembang walaupun berhadapan dengan asfalt dan lalu lintas. Panduan Reka Bentuk Jalan Global bermula dari prinsip yang bertentangan, bahawa kita tidak boleh menunggu kehidupan jalanan untuk menghasilkan individu yang bertahan meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran, tetapi sebaliknya kita mesti mereka bentuknya agar kehidupan jalanan yang aktif dan menarik menjadi sesuatu yang pasti terjadi."

      JAN GEHL, Urbanis, Arkitek, dan Pengarang Buku "Cities for People"

    • "Bandar-bandar sedang mengalami revolusi reka bentuk jalan, dan Panduan Reka Bentuk Jalan Global adalah dokumen pertama yang merakam strategi-strategi dunia baru yang berani mengubah bandar-bandar di setiap benua. Diambil daripada kehidupan dan bersumberkan contoh dunia sebenar, panduan ini menghasilkan perkara berkategori mustahak yang baru bagi jalan yang lebih selamat, yang menyamakan peluang untuk pengangkutan awam, penunggang basikal dan pejalan kaki. Ia mencipta bahasa antarabangsa yang baru untuk keboleh hidupan, mobiliti dan ekonomi dibandar."

      JANETTE SADIK-KHAN, Bloomberg Associates, bekas Pesuruhjaya Pengangkutan untuk NYC

    Fill 1 caret-right

    Endorsing the GSDG provides a permission slip for organizations, cities, and regions to advance safe, healthy, sustainable, and vibrant streets.